Wednesday, November 17, 2010

Sempurna ( Bab 1)

BAB 1

      "Reen ! kau ni kenapa ? kau pekak eh ? aku panggil kau buat tak tahu je . sekeh kang ! " Anne mendengus kecil sambil menyiku bahu Airin seraya mematikan lamunan panjang gadis itu . Airin tersengih , menyeringai , menunjukkan barisan giginya yang  tersusun rapi , lengkap dipagari pengikat gigi yang berwarna warni itu . 
      " dear Anne my darling , aku dengar apa kau membebel tadi , kau cakap sorang sorang . so , aku malas nak kacau kau . aku pergilah berangan pasal Hazmin , budak Form 6 tu . kau ni pun , gedik lah . bebel aja lah sorang sorang , nak panggil aku buat apa ? nak suruh aku jadi pendengar setia kau ? oh my God , oh my God , aku banyak kerja lagi sayang ! " Airin membalas dalam nada mesra . sengaja dicubitnya pipi Anne yang gebu itu , ambil hati kononnya . Anne berpura pura merajuk , menjuihkan bibirnya . 
      " Hazmin  Hazmin Hazmin . macamlah macho sangat . muka macam pedagang Pakistan mana entah . macam tu pun kau minat . Reen , kau ni pelik gila ! hairan aku . ala dengarlah ni , aku nak cakap pasal Rosette ni . nak dengar tak ? " Anne mengerutkan dahinya , memujuk Airin sambil menggoyangkan kerusi kawan baiknya itu . Airin mengangkat kepalanya seolah olah memberi respon yang menunjukkan bahawa dia berminat akan isu yang akan dikemukakan oleh Anne . 
       " kenapa dengan Rose , weh ? story la cepat ! " Airin menggesa temannya . Anne tersenyum nakal .
       " Rose kan , kan , kan , dia kan , kan  .... "
      " kenapa dengan dia ? kau ni , gagap pulak , eee , aku bawak lipas esok kang baru tahu ! letak bawah meja kau ! biar terkencing dalam kain . cepatlah wahai manusia weh ! " Airin bersuara tegas , memuntahkan ketidakpuasan hatinya .
        " dia cakap dia suka Hazmin ! "
        Pandangan mata Airin berpinar . serentak dengan itu dia menutup mulut dengan tangan . dia mengelipkan matanya beberapa saat sebelum mempercayai kata kata Anne . 
        " weh kau biar betik ? tolonglah jangan tipu aku ..." Airin bersuara lirih sambil menggoncangkan bahu Anne .
         " woi gila , aku baru acah sikit , kau dah cuak pulak . hahhaha . taklah . Rose dengarnya dilantik jadi naib pengerusi kelab tenis . kesian gila lah kau nanti kena torture . lalala . Airin Liana akan menikmati arahan kejam oleh Rossette Lim . haha padan muka kau ! "
          Airin tersenyum sumbing mengenangkan kegarangan penolong ketua pengawas sekolahnya itu . pernah satu ketika dahulu , dia dan beberapa orang lagi pelajar tingkatan 5 A dikenakan denda mengutip sampah di padang akibat ponteng perhimpunan mingguan sekolah . haha . lucu benar mengingatkan memori indah itu . Airin tersenyum meleret . menimbulkan tanda tanya di benak Anne . lantas Airin mengemaskan buku bukunya yang bersepah dan memasukkannya ke dalam beg . 
        " Jomlah balik , dah bunyi loceng tu . cepat sikit , hari ini aku nak pilih seat dalam bas sebelah Hazmin ni , hehehe ," Airin mengajak , kedengaran manja .
       
           
           "I'm home ! " Airin menguak pintu rumahnya sambil melompat ala ala surprise party . namun , seperti biasa , tiada seorang pun yang menemani harinya . Airin tertunduk sedih , memegang tali beg sekolah sambil memusing musingkan badannya . rambutnya yang diikat tocang segera dilepaskan . ikal mayang ! Airin meletakkan begnya di satu sudut lalu menghempaskan badannya ke sofa empuk di ruang tamu . dipejamkan matanya , tersengih sendirian . mengingatkan kejadian bodoh ketika berada berhampiran bas tadi memang menggelikan hatinya . Airin tergelak sendirian , menekup mukanya yang kemerahan dengan kedua dua tapak tangannya . kemudian , dia tersipu sipu di sofa itu , semakin lama semakin galak , lagak seperti manusia kurang siuman . 

          " Reen , Hazmin Pakistan kau datang , " Anne menyiku lengan Airin . mata Airin  meliar mencari kelibat Hazmin , budak nakal dari kelas Tingkatan 6 Atas C . setelah beberapa lama mencari , pandangan Airin kejap ke satu tempat . tiba tiba bibirnya mengukirkan senyuman . hati Airin berbunga melihat wajah Hazmin . dengan imej remaja nakal ; berseluar londeh yang berpotongan skinny , berkasut high cut dan memakai beg sandang gedabak , Hazmin begitu menarik di mata Airin . baginya , tiada sesiapa lagi macho selain Hazmin . tidak dinafikan , Hazmin mempunyai tarikan tersendiri . berdarah campuran Pakistan - Malaysia , ditambah lagi dengan mata bulat yang luar biasa indahnya , sememangnya menjadi magnet kepada para gadis di sekolah itu . 
       " Agak agak lah nak tenung pak Arab tu weh , tembus kang . kau ni , cover lah sikit , nanti dia perasanlah kalau kau tenung dia macam CCTV je ," Anne memerli Airin dengan keras .  Airin bagaikan dipukau . dia tidak ambil kisah kata kata Anne . 
          " bas dah datang ni , aku pergi 'cop' tempat dulu ek ? " Airin bergerak pantas mendaki tangga bas itu . tapi akibat terlalu gelojoh , Airin tergelincir lalu terjelepok jatuh ke tanah tanpa sempat berpaut . Anne terperanjat menyaksikan peristiwa penting itu . dia melangkah sigap ke arah Airin yang dikerumuni pelajar lain . tetapi apa yang dilihatnya , satu kejadian paling kelakar dalam hidup . Airin tersengih , terbaring , sambil membuat simbol peace . menahan malu mungkin . Hazmin yang baru sampai , terpinga pinga melihatkan reaksi Airin yang sangat pelik dari perspektif kacamatanya . Airin kemudiannya bangun , menepuk2 pasir dan debu di belakang bajunya . dia terus meloncat naik ke atas bas . malunya tidak terhingga , tidak boleh diungkap dengan kata kata . hahahahhaha ....

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my pet