Tuesday, November 23, 2010

Sempurna ( bab 4 )

BAB 4

    Airin berlari masuk ke kamar tidurnya yang serba ungu itu . dia menyembamkan mukanya yang dibasahi air mata ke tilam empuk . Airin berjauh hati , sangat terasa dengan kata kata yang baru dituturkan oleh ibunya . dia sedar siapa dirinya . anak yang ditinggalkan ibunya sejak dirinya berumur 10 tahun dan baru tahun lepas keluarganya bersatu semula . selama ini , keluarganya tidak pernah bersama . dirinya hanya berdakap dengan Ghazi di ibu negara sementara Ainin bersama ibunya menetap di selatan tanah air . baru setahun dia dapat merasai nikmat berkeluarga namun apakan daya , ikatan hubungan dengan ibunya agak renggang setelah ruang pemisah berusia enam tahun menjadi penghalang . ya , enam tahun dia tidak merasai belaian kasih seorang ibu .dia meningkat remaja dalam pemerhatian ayahnya dan bukan insan yang bernama Zara . hanya tiga atau empat bulan sekali Ghazi membawa dirinya melawat Zara . itu dahulu , sekarang setelah ibu bapanya merujuk semula , hidupnya kembali ceria namun istilah perbandingan potensi sentiasa menjadi resepi asas percakapan ibunya . apa apa sahaja , mesti dibandingkan dengan kemampuan kakaknya yang serba pandai itu . Airin sedih ....
    " tok tok tok , " kedengaran pintu biliknya diketuk . Airin mengangkat mukanya tetapi hatinya tidak ingin langsung untuk membuka pintu itu .
    " adik , bukaklah pintu ni . kakak nak cakap sikit dengan adik ni . tolonglah bukak ," suara lunak Ainin memecah keheningan suasana yang diselubungi kemuraman ini .
   " adik taknak ! " Airin menjerit dari dalam bilik .
   " kalau adik taknak , jangan tegur kakak lagi selama lamanya . deal ? " Airin berpura pura menggugut adik kesayangannya itu .
   " apa ni nak ugut ugut orang pulak ! " Airin membalas , dingin .
   " biarlah , dah adik taknak buka pintu . dahlah hari ini kakak dah nak balik hostel ."
   " yelah , adik buka pintu ni ," Airin melangkah malas ke pintunya dan membukanya dengan perlahan . terjengul muka Ainin yang memberikan senyuman manis . Airin membalas senyuman Ainin dengan menjelirkan lidahnya sambil menjulingkan mata . 
   " adik ni lemah sangatlah . janganlah lemah macam ni sangat . macam budak kecil ! Ainin bersuara setelah melabuhkan punggungnya di pinggir katil . Airin hanya menyandarkan badannya ke dinding .
   " semua orang tak sayang adik . sedih tahu tak !" Airin mula mengalirkan air matanya .
   " mengada betullah , apa gunanya babah , umi dan kakak kalau kita orang ni tak sayang budak kecil bernama Airin Liana ? " Ainin membalas dengan tegas .
   " adik rasa sedih sebab umi selalu bandingkan kakak dengan adik . adik tahu adik tak hebat macam kakak . adik tak ada keistimewaan . memanglah adik selalu kalah dengan kakak kalau macam ni ," Airin begitu lemah di dalam ucapannya . Ainin menggosok belakang badan Airin dengan begitu lembut dan mesra . Airin mengelap air matanya dengan telapak tangannya .
   " siapa kata adik tak hebat ? adik pandai masak . kakak tak reti , tahu ? adik pandai berpidato , kakak nak buat ucapan pun tergagap gagap . adik tak nampak lagi sebenarnya kelebihan adik . kita sama sahaja , sayangku . kita kan kembar .."
    " kakak , kenapa kakak baik sangat dekat adik ? terharulah , macam cerekarama pulak kita ni ," Airin ketawa dalam tangisannya . Ainin hanyak tertawa melihat keletah Airin yang sentiasa ceria didalam mana mana keadaan sekalipun .

    Airin bangun lambat hari Isnin itu . sesungguhnya dia betul betul terlupa bahawa hari itu adalah hari sesi persekolahan . Zara sudah lama menghilangkan diri , sejak semalam selepas menghantar pulang Ainin ke asramanya . Airin dengar ada krisis kecil berlaku antara Zara dan Ghazi namun hatinya mengendahkan , tiada masa untuk mengambil tahu . Ghazi juga sudah lama lesap , seperti ibunya . terkapai kapai Airin hari itu , bangun pada pukul lapan pagi dan tidak bersarapan . memang hebat !
   Airin berlari menuruni tangga sambil mengikat rambutnya yang masih basah . dia segera mencari kunci motor skuternya di dalam laci sebaik sahaja sampai ke tingkat bawah . dengan penuh cuai , Airin menghidupkan kenderaan kesayangannya lalu bergerak menuju ke sekolah .
   " wah ramai gila orang ! takkan tak habis lagi assembly ni ? macam mana nak masuk ? " Airin mengetap bibir sambil mengerutkan dahinya . kelihatan para pelajar yang serama 1200 orang itu memenuhi ruang legar perhimpunan mingguan itu . Airin berfikir sejenak , mengatur strategi untuk cubaan meloloskan diri ke dalam kawasan sekolah itu tanpa pengetahuan orang lain . namun usahanya sia sia . mana mungkin dia dapat masuk ke kawasan sekolah tanpa melalui pagar utama ? Airin berserah sahaja .
   " why are you late , Airin Liana ? you are supposed to be here in 45 minutes ago ! " ketua pengawas sekolah itu menegur Airin setelah matanya melilau ke arah tag nama yang dipakai Airin .
   " i'm sorry ," Airin tersengih sahaja sambil mengrnyitkan matanya yang bundar ke arah ketua pengawas itu . pengawas itu menganggukkan kepalanya sambil menyuruh Airin untuk bergerak ke kelompok barisannya .
  " thank you handsome ! " Airin mengeyitkan lagi matanya . dia berpaling ke arah pelajar sekelasnya dan berjalan dengan penuh yakin di depan semua orang . memandangkan tingkatan lima diletakkan di barisan paling hujung , Airin melangkah pantas melalui barisan tingkatan lain .
   " apa hal semua pandang aku semacam ni ? " Airin mulai tidak sedap hati . pelajar pelajar lain memandangnya dengan penuh minat . masing masing tersenyum kecil , tidak kurang juga membuntangkaan matanya . tiba tiba kedengaran namanya dipanggil dari arah belakang . Airin menoleh . pengawas Cina yang cantik itu berlari ke arahnya . Airin bertambah pelik lalu memberhentikan langkahnya . pengawas itu datang dekat ke arahnya dan berbisik ke telinga Airin .
   " Airin , you lupa zip skirt you , lah ! " pengawas itu bersuara dengan semput sekali sambil menghela nafasnya . Airin membulatkan matanya . mukanya pucat lesi . di depan orang ramai , tangannya merayap ke belakang dan terus menaikkan zip skirtnya . dan tanpa membuang masa lagi , Airin bergerak laju ke tempatnya sambil menahan malu yang teramat . MALU !!!! 

2 comments:

  1. best sgt!!!!teruskan malynn..always be ur supporter n yeah..follower!!

    ReplyDelete
  2. thank youuu anas sayangggg my bff <3 . okeoke i'll do my best ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my pet