Monday, December 27, 2010

Sempurna ( Bab 8 )

      " Anne , kenapa kau tiba tiba diam ni ? lapar lagi ke ? " Airin membuahkan soalan kepada Anne yang dilihatnya agak murung secara mendadak . Anne menggeleng perlahan dan mengetapkan bibirnya . dahinya berkerut kerut , seolah olah fikirannya ligat mengasak sesuatu .
      " Reen , aku rasa tak sedap hatilah , aku tak tahu kenapa . selama ni aku tak pernah rasa macam ni ."
      " kau rasa macam mana ni Anne ? maybe kau nervous kot , esok dah mula SPM ."
      " entahlah . mungkin betul aku bimbang pasal esok . but still , aku tahu ada something tak kena tapi aku tak tahu apa ."
      " sudahlah tu Anne . kau layan sangat sikap paranoid kau tu . kalau kau still rasa tak tenteram lagi , istighfar banyak banyak . maybe jiwa kau tenang sikit . kakak aku cakap , kita kena buang sikap curiga kita dengan serahkan jiwa kita kat Allah . InsyaAllah membantu tenangkan hati kau ni ."
      " hope so . thanks Reen , tenang sikit hati aku kau cakap macam tu ."
      " no big deal , Anne . I'm here for you . dahlah tu , jom masuk kelas ."
      " aci tak aku nak stay kat sini lagi ? aku taknak masuk kelas lagilah . please . jom duduk dulu kat bench tu ," Anne mendesak Airin sambil tangannya mengacukan ke arah bangku yang disediakan di lapangan bacaan . Airin terbahagi dua . dia mahu ke kelas dan juga mahu menemani kawan rapatnya itu . melihatkan mimik muka Airin yang sudi tak sudi itu , Anne berasa bersalah .
      " kalau kau nak masuk kelas dulu , pergilah . aku just nak ambil angin je kat sini . pergilah masuk dulu , aku okay saja , " Anne melemparkan senyuman , dibuat buat . Airin tidak sampai hati meninggalkan Anne disitu keseorangan lantas dia menarik tangan Anne dan membawanya ke bangku itu .
      " jom kita start kelas kita kat sini ," Airin ketawa menyindir . Anne tergelak kecil . Airin kembali lega , menyedari Anne kembali tertawa . namun perasaannya tidak bertahan lama . Anne kembali murung dan termenung jauh .
       " cukup cukup lah tu Anne . tak ada apa apalah yang berlaku ," getus Airin , bernada risau . Anne menekup mukanya lalu merembeskan air mata . Airin terpana .
       " Anne , kenapa ni ? Anne ! "
       " boleh tak aku nak balik sekarang ? aku takut something bad happen kat mak aku ."
       " ke-kenapa kau cakap macam tu ? mak kau sakit ke ?"
       " tadi mak aku batuk batuk kuat , aku bimbang keadaan dia tapi dia cakap dia sihat . aku bimbang , Reen . Aku bimbang ! "
       " kenapa tak bagitahu awal awal , Anne ? " Airin turut menitikkan air matanya sambil memeluk erat Anne .Anne tersedu sedu dan membalas pelukan Airin . suasana ketika itu teramat syahdu , seolah olah mereka diselubungi aura kesedihan yang menyiat kalbu .
       " Anne , kau tunggu kat sini sekejap . aku panggil Nick . sekejap je . nanti aku datang balik ," Airin segera meleraikan pelukannya dan mengesat air mata . dia melangkah laju menaiki tangga ke tingkat dua di blok A . Anne memandang sayu ke arah Airin . matanya membiaskan kesenduan ...
        " Assalamualaikum . Dominic ada tak ?" Airin mengetuk laju pintu kelas tingkatan 6 Atas A itu . para pelajar kelas itu yang sedang leka membuat kerja sendiri akibat ketiadaan guru , semuanya memandang tepat ke arah Airin . Airin meliarkan matanya ke serata sudut kelas sehinggalah dia ternampak Dominic yang masih terpinga pinga sambil memegang kalkulator di tangan . Airin bergerak sedikit laju ke tempat Dominic .
        " Nick , tolong I boleh ? tolonglah , I ada masalah ni ," Airin menitiskan air matanya sedikit . Dominic berdiri , lalu menarik Airin ke belakang kelas .
        " kenapa ni , Airin ?" Dominic bersuara risau . Airin menggoyangkan kakinya dan fikirannya semakin tidak tentu arah . Dominic bertambah risau apabila Airin mengesat air matanya menggunakan lengan baju .
        " just tell me , honey . what is going on ? " Dominic mengocangkan bahu Airin dengan lembut dan perlahan .
        " boleh tak I dengan kawan I balik rumah dia sekejap . dia ada urgent case .. mak dia sakit . I bimbang , sebab I tahu mak dia memang ada penyakit sebelum ini . you kan head prefect , tolong handle perkara ni dengan pengetua , boleh ? "
        " her mom ? sakit ? sakit apa ? "
       " I don't know . mak dia batuk batuk kuat . I takut it's getting worse . I rapat dengan mak dia and I anggap mak dia macam mak I sendiri . please help me .."
        " okay don't worry , go grab your friend first , I pergi inform pengetua and Penolong kanan HEM dulu . nanti I datang kat you balik ," Dominic melepaskan tangannya yang dari tadi tersemat di bahu Airin . Airin mengangguk laju .
       " Hazmin , kau tolong start enjin kereta aku dulu . nanti aku nak hantar Airin pergi rumah kawan dia . kunci ada dalam pencil case aku , " Dominic segera mengarahkan temannya dan berlalu pergi . Airin menoleh ke arah Hazmin , dan ketika itu pandangan mata mereka bertaut . Airin cepat cepat melarikan matanya ke arah lain . jantungnya berdegup kencang . Lantas Airin keluar dari kelas itu dan menuruni tangga . mindanya berkecamuk ...

Sunday, December 26, 2010

Sempurna ( Bab 7 )

      Ghazi berdehem kecil ketika melabuhkan punggungnya ke kepala katil bersaiz king itu. Zara sedari akan kehadiran suaminya , terus membelakangi tubuhnya , mengiring ke arah bertentangan. Ghazi menyentuh perlahan dahi isteri tercintanya namun disentap kasar oleh Zara.
      " kenapa ni, Zara? marah kat I lagi ke? pasal hal anak-anak pun you nak terasa, kenapa ni? " Ghazi cuba untuk merendahkan nada suaranya , bimbang didengari Airin.
      " I benci bila you kritik cara I jaga anak. Airin is my baby, I know how to deal with her. I terasa dengan you, bukan dia, " Zara berbisik, perlahan. Ghazi mendengar dengan sayu.
      " sayang, bukan I nak kritik cara you , tapi I nak guide you in handling our kids. I bersama dengan Airin dah lama, I tahu hati perasaan dia macam mana . supposedly you need to slow talk with her , bukan nak ambush dia depan Ainin. patah semangat dia , tahu ? you tahu kan Airin ni manja , so the way we treat her mestilah berbeza. dua dua I sayang , both Ainin and Airin . cara penyampaian sahaja berlainan."
     " oh right now you nak salahkan I pula ? okay fine , you sahaja know everything about Airin and i don't !" Zara terus mencapai comforter tebal di birai katil itu dan memejamkan matanya . air jernih mengalir dari tubir mata cantik itu . Ghazi menghela nafas sedalam dalamnya , pasrah .
      Airin kembali ke biliknya setelah perutnya yang berkeroncong sudah penuh diisi . dia mendengar butir butir perbicaraan kedua ibu bapanya walaupun kurang jelas . Airin mengetap bibirnya , mengetahui mereka sedang berperang mulut . Airin merenung jauh ke arah buku yang diberikan Dominic . dia melangut , mendongakkan kepalanya ke atas . fikirannya masih tidak berhenti memproses data . dia tidak mengerti tindakan Dominic itu . pelik !
      " Reen , aku minta maaf sangat kat kau kalau aku ada buat salah selama kita berkawan selama ini . kaulah kawan terbaik dan tercantik pernah aku ada . sumpah aku tak tipu ," Anne bersuara sedikit nakal sambil menarik narik baju sekolahnya ke posisi yang betul . Airin sengaja memaksa dirinya ke sekolah pada waktu yang awal , semata mata ingin menghabiskan masanya dengan Anne .
      " aku cantik ? ni yang buat aku sayang kau lebih ni hahaha . aku pun macam tu juga . forgive me for everything i had ever done . tak sangka kan , esok dah nak SPM .rasa macm baru semalam kita masuk sekolah ni . I'm gonna miss all the memories we have been through ! " Airin kedengaran ceria sekali . tidak sesekali dia menyangka bahawa masa berlalu dengan begitu cepat , seolah olah baru sehari dia menjejakkan kakinya ke sekolah itu .
      " kenangan aku paling ingat , mestilah pasal kau lupa zip skirt tu , haha . hot gila cerita tu , dah dua bulan dah berlalu , tapi still dalam carta terhangat . hahahaha ," Anne ketawa berdekah dekah , sambil mengusap perutnya . Airin turut tertawa . tanpa disedari Airin , Dominic yang kebetulannya berlegar legar di sekitarnya menuju ke arahnya .
      " Reen , Nick datang . betulkan rambut kau , hahaha . cepat ! " Anne menyakat Airin , sehinggakan Airin menggelabah sebentar .
      " Airin , how are you today ? by the way , good luck for tomorrow , do your best . I will always support you ," Dominic bersuara malu malu . dia menundukkan wajahnya . Airin yang turut kelam kabut , tergagap gagap membalas balik ucapan Dominic . Anne perlahan lahan menyusup keluar dari perbualan mereka dan berdiri sedikit jauh . Anne terbahak bahak melihat babak Airin dan Dominic bercakap . keras macam robot !
       " bodohlah kau , kenapa tinggalkan aku dengan Nick berdua je ? aku dah jadi macam patung kat situ , gilalah kalau hari hari macam ni ," akhirnya Airin sudah juga dengan perbualan bersama Dominic . itupun kerana Dominic mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan . Airin menggelengkan kepalanya sambil mengerutkan dahi . Anne menampar laju belakang badan  Airin , membuatkan Airin tersedak kecil .
       " kalau rakam ni mesti best , haha . aku nak menikmati keseronokan dari cerita cinta kau la Reen . syok gila ! " Anne mengangkat keningnya , lagak seperti The Rock .
       " aku bagi pelempang jarak jauh baru tahu , eee geramnya . wahai Nur Hana , aku balas dendam balik bila habis SPM nanti . tunggu je ! "
       " tak sabar nak tunggu ni , haha , " Anne makin membakar jiwa Airin namun ketawa mereka berderai juga setelah Anne tersasul cakap . mereka melangkah bahagia ke kantin , sehinggalah muka Anne berubah tatkala satu peristiwa pada hari itu terjadi ....

Tuesday, November 30, 2010

Sempurna ( bab 6 )

   Airin termangu sendirian , memandang sayu ke arah hadiah berbalut indah itu . dia berada didalam dilema . hatinya enggan membuka hadiah itu tetapi akalnya mengasak menyuruhnya meneliti isi kandungan hadiah itu . Airin sedih , lelaki pujaannya tidak mengetahui akan kehendaknya . dia sukakan Hazmin , lelaki kacukan itu dan bukannya Dominic ! Dominic ? Airin tersengih sendirian . lucu rasanya . Airin tiba tiba teringatkan pesanan kakaknya , jangan semakkan fikiran dengan hal lelaki . Airin ketawa lagi , kerana dia tahu bahawa sukanya kepada Hazmin hanya kerana intuisi remajanya sahaja , tiada niat disebaliknya . apa apa pun , fokus utamanya adalah SPM , bukan Hazmin , Dominic atau sesiapa sahaja . dengan fikiran yang bercelaru , tangannya ligat mengoyakkan bungkusan itu .
  " wahhh !" Airin terpana sambil membeliakkan matanya . sebuah buku bersaiz sederhana bertajuk 'how to deal with maths' tersimpan rapi di dalam kotak itu . walaupun buku itu kelihatan agak lusuh seperti sudah lama digunakan , namun Airin berasa sangat terharu dengan pemberian ikhlas ini . nampaknya Dominic sanggup menyelidik kelemahannya dan berniat untuk membantu dalam pencapaian prestasinya . Airin membelek perlahan buku itu , sehelai demi sehelai . kandungannya agak bernas , fikir Airin . dia membelek lagi sehinggalah dia terjumpa sehelai kertas kecil yang sengaja diselitkan di tengah tengah helaian buku itu . Airin mengambilnya dan membaca isi kertas kecil itu .
dear Airin ,
thanks for accepting my humble gift . i am Dominic ,  your head prefect in school . i hope you will not recognize me as a head prefect , let me be your special senior , boleh kan ?
  Airin mengangguk perlahan , seolah olah Dominic dapat memerhatikan reaksinya . Airin tersenyum lebar dan menggeleng perlahan . tidak menyangka dirinya yang serba kekurangan dapat menarik perhatian ketua pengawas yang sangat berpengaruh itu . Hazmin ? nama itu kembali berlegar legar di fakuti minda Airin . Airin sukakan pemuda itu , tapi sekadar suka suka sahaja . mana mungkin perasaannya akan kekal . lagi satu bulan dirinya akan menghadapi SPM , Airin sedar waktu tidak mengizinkannya untuk terus hanyut melayani jiwa remajanya . lantas Airin mencapai buku pemberian Dominic itu dan leka dengan isi kandungannya .
    malam itu , Airin menuruni tangga dengan langkah yang malas . Zara yang sedang bersilang kaki di sofa ruang tamu sambi membaca majalah keluarga segera memalingkan mukanya ke arah Airin yang monyok itu .
    " adik , kenapa tak makan tengah hari tadi ? penat umi pergi beli dekat restoran depan tu , tahu ? " Zara memulakan sesi syarahannya . Airin membuat muka bodoh , terus menuju ke meja makan , membuka tudung saji .
   " adik lupa nak makan tadi , umi . bila umi balik ? mana babah ? eh , mana semua lauk ni , umi ? adik laparlah pula ," Airin merengek meminta makanan . Zara kelihatan rimas dihujani soalan Airin yang bertalu talu .
   " semua ada dalam fridge . nak makan , hangatkan dalam microwave . don't ever mention his name . umi tak suka ," Zara menutup majalahnya dan terus beredar dari ruang tamu itu . Airin mengerutkan keningnya , pelik dengan jawapan Zara yang mana dalam pandangannya agak kurang matang . Airin menjungkitkan bahu dan bernyanyi riang sementara menyiapkan hidangan makan malamnya . tiba tiba pintu utama banglo itu dikuak dari arah luar .
   " babah ! kenapa baru balik ? " seperti biasa Airin memulakan aksi manjanya dengan berlari anak ke arah Ghazi dan memeluk babahnya erat . Ghazi yang nampak agak kepenatan segera mengusap ubun ubun anak bongsunya itu .
   " banyak kerja , sayang . eh mana umi ? " mata Ghazi meliar mencari kelibat Zara namun hampa . Airin menjuihkan bibirnya dan membuat reaksi kurang senang . dia menarik babahnya ke meja makan .
   " umi marah adik tadi  sebab adik tanya mana babah pergi ," Airin berkata sayu . Ghazi memicit dahinya .
   " marah sangat sangat ke ? "
   " entahlah bah . sebenarnya apa masalah babah ? umi macam anti sangat dengar nama babah ."
   " private matter , sayang . babah tak boleh nak cakap ,"
   " jangnlah gaduh lagi . adik mogok kang baru tahu ,"
   " pandai eh nak ugut babah . ada ada saja adik ni ,"
   " biarlah . haha . adik sayang babah , umi , kakak dan semua . tak mahu gaduh gaduh , tak best ,"
   " yelah , adik . jom teman babah makan , lapar pulak ," Ghazi cuba menukar topik . sesungguhnya hatinya sangat berat untuk terus bercerita akan pergolakan rumah tangganya . seakan dia cuba membuka pekung di dada seandainya dia berkongsi masalahnya dengan Airin . jiwanya seolah olah dicarik carik apabila Airin memberitahu respon Zara terhadapnya . apa salahku ?

Friday, November 26, 2010

Sempurna BAB 5

     " Airin ! kat sini , kat sini . aku ada kat sebelah kiri kau . pandang kiri sekarang , " Anne melambai lambai tangannya  ke arah Airin sambil menjerit kecil . Airin yang sedang menahan malu , segera berlari dan menghempaskan badannya di tepi Anne . Anne menekup mulutnya , menahan gelak .
    " what happened ? apasal kau menggelabah sangat harini sampai tak zip skirt kau ? kelakar weh ! hahaha ," Anne ketawa sehingga tersedak sedak . Airin tersengih malu sambil menampar laju paha Anne . Airin membetulkan kedudukan dan merapikan rambut depannya yang berjuntai di dahi .
   " aku bangun lambatlah . umi dengan babah entah pergi mana . kelam kabut sangat . sampai tak menyempat nak zip skirt . kelakar sangat ke ? semua orang pandang aku semacam . malu ... ," Airin berbisik perlahan ke telinga Anne . Anne kembali ketawa , berdekah dekah . Airin pun turut sama tertawa sehingga mengalirkan air mata . suara mereka yang kuat itu mengundang perhatian seorang pengawas bertugas .
   " excuse me , both of you please stand up for 15 minutes because you are distracting others with loud voice . thanks ," pengawas itu mencuit bahu Anne dan memberikan arahan . Airin dan Anne saling berpandangan dan dengan perasaan malu yang sangat tebal , mereka terpaksa berdiri di tengah tengah lautan manusia itu . Airin sekali lagi menjadi selebriti pada hari itu . nasib badan ....
   " Reen , nak makan tak ? jom turun pergi kantin . laparlah . mama aku tak sempat nak masak tadi ," Anne menepuk nepuk perutnya yang kosong itu dan mengerutkan mukanya . Airin memandang kawannya sekilas dan meneruskan kerjanya . Airin hanya menggeleng perlahan .
  " tak syok la kau ni . bad mood pula . mengada ngada . aku lapar ni , jomlah . aku tahu kau pun lapar ," Anne merengus sebentar dan terus memujuk Airin . Airin menarik nafas panjang dan meletakkan pennya di sebalik buku dan segera menutupnya . Anne tersenyum ceria lantas menarik tangan Airin menuju ke luar kelas .
 " kenyang gila aku ! malaslah pula nak masuk kelas ," Anne mula merungut setelah perutnya diisi dengan pelbgai variasi makanan di kantin .
  " semua kau telan , mi goreng , air tebu , roti canai , nasi lemak aku pun kau tibai , memanglah senak perut . tolak batu dan kayu je kalau orang macam kau ni . pelahap ," Airin bersuara setelah agak lama mendiamkan diri . Anne hanya tersengih . tiba tiba langkah Airin terhenti . bibirnya tergamam . Anne yang terpinga pinga pada mulanya , mula tersenyum sumbing setelah matanya menangkap pandangan Airin yang menyorot ke arah tangga itu .
   " Airin , kan ? " Hazmin yang sangat kacak pada hemat Airin itu mampir ke arah Airin dan menyapanya . Airin terkesima , matanya bercahaya dengan gemilangnya seolah olah dia sedang berhadapan dengan seorang putera raja . Airin segera menganggukkan kepalanya setelah lengannya dicuit oleh Anne .
    " this is for you . you nampak kan that guy dekat tangga tu ? dia yang bagi dekat you and he says that he likes you . sorry lil girl , i pergi dulu ," Hazmin memberikan satu bungkusan berbalut indah dan berlalu tanpa sempat Airin untuk mengucapkan sepatah kata . Airin membeliakkan matanya dan menelan liur . degupan jantungnya mulai tidak keruan . matanya terus tertancap ke arah tangga seperti yang dikatakan oleh Hazmin . satu susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang tersenyum lebar dan sempat melamabaikan tangannya ke arah Airin . Anne yang berada disebelah Airin tersedak kuat sambil menekup mulutnya . matanya berair menahan tawa . Airin terpinga pinga , sedikit terkejut .
   " gilalah kau Reen . head prefect minat kat kau .  hahahaha ," Anne ketawa berdekah dekah . Airin menggaru kepalanya yang tidak gatal . dia semakin tidak selesa apabila ketua pengawas itu datang dekat ke arahnya .
  " hai ," Dominic menyapanya dengan perlahan . Airin hanya menganggukkan kepalanya dan menyapanya kembali dengan tergagap gagap . Anne menyiku lengan Airin sambil tergelak sakan . Airin gusar .
  " itu hadiah kecil dari saya . hope you will like it , " Dominic yang pelat dalam loghat cinanya turut kelihatan resah , seperti yang dialami oleh Airin .
  " oh ya , saya suka , thanks . okeylah , got to go , ada kelas nanti . bye ," Airin tewrus memecut ke kelasnya sebaik menuturkan ucapan itu kepada Dominic . dengan langkah yang pantas , mereka sampai ke kelas dalam tempoh yang sekejap sahaja .
  " kau ni kenapa ? menggelabah je . first time aku tengok Nick cakap baik baik dengan perempuan , tahu ? Anne mendengus .
  " Aku baru kenyit mata kat dia dua kali , terus dia cakap dia suka aku , gilalah kalau macam ni ," Aiirn menggelengkan kepalanya . Anne tergelak , lantang .
  " hari ni memang hari gila sedunia lah aku rasa ," Airin kembali bersuara .

Tuesday, November 23, 2010

Sempurna ( bab 4 )

BAB 4

    Airin berlari masuk ke kamar tidurnya yang serba ungu itu . dia menyembamkan mukanya yang dibasahi air mata ke tilam empuk . Airin berjauh hati , sangat terasa dengan kata kata yang baru dituturkan oleh ibunya . dia sedar siapa dirinya . anak yang ditinggalkan ibunya sejak dirinya berumur 10 tahun dan baru tahun lepas keluarganya bersatu semula . selama ini , keluarganya tidak pernah bersama . dirinya hanya berdakap dengan Ghazi di ibu negara sementara Ainin bersama ibunya menetap di selatan tanah air . baru setahun dia dapat merasai nikmat berkeluarga namun apakan daya , ikatan hubungan dengan ibunya agak renggang setelah ruang pemisah berusia enam tahun menjadi penghalang . ya , enam tahun dia tidak merasai belaian kasih seorang ibu .dia meningkat remaja dalam pemerhatian ayahnya dan bukan insan yang bernama Zara . hanya tiga atau empat bulan sekali Ghazi membawa dirinya melawat Zara . itu dahulu , sekarang setelah ibu bapanya merujuk semula , hidupnya kembali ceria namun istilah perbandingan potensi sentiasa menjadi resepi asas percakapan ibunya . apa apa sahaja , mesti dibandingkan dengan kemampuan kakaknya yang serba pandai itu . Airin sedih ....
    " tok tok tok , " kedengaran pintu biliknya diketuk . Airin mengangkat mukanya tetapi hatinya tidak ingin langsung untuk membuka pintu itu .
    " adik , bukaklah pintu ni . kakak nak cakap sikit dengan adik ni . tolonglah bukak ," suara lunak Ainin memecah keheningan suasana yang diselubungi kemuraman ini .
   " adik taknak ! " Airin menjerit dari dalam bilik .
   " kalau adik taknak , jangan tegur kakak lagi selama lamanya . deal ? " Airin berpura pura menggugut adik kesayangannya itu .
   " apa ni nak ugut ugut orang pulak ! " Airin membalas , dingin .
   " biarlah , dah adik taknak buka pintu . dahlah hari ini kakak dah nak balik hostel ."
   " yelah , adik buka pintu ni ," Airin melangkah malas ke pintunya dan membukanya dengan perlahan . terjengul muka Ainin yang memberikan senyuman manis . Airin membalas senyuman Ainin dengan menjelirkan lidahnya sambil menjulingkan mata . 
   " adik ni lemah sangatlah . janganlah lemah macam ni sangat . macam budak kecil ! Ainin bersuara setelah melabuhkan punggungnya di pinggir katil . Airin hanya menyandarkan badannya ke dinding .
   " semua orang tak sayang adik . sedih tahu tak !" Airin mula mengalirkan air matanya .
   " mengada betullah , apa gunanya babah , umi dan kakak kalau kita orang ni tak sayang budak kecil bernama Airin Liana ? " Ainin membalas dengan tegas .
   " adik rasa sedih sebab umi selalu bandingkan kakak dengan adik . adik tahu adik tak hebat macam kakak . adik tak ada keistimewaan . memanglah adik selalu kalah dengan kakak kalau macam ni ," Airin begitu lemah di dalam ucapannya . Ainin menggosok belakang badan Airin dengan begitu lembut dan mesra . Airin mengelap air matanya dengan telapak tangannya .
   " siapa kata adik tak hebat ? adik pandai masak . kakak tak reti , tahu ? adik pandai berpidato , kakak nak buat ucapan pun tergagap gagap . adik tak nampak lagi sebenarnya kelebihan adik . kita sama sahaja , sayangku . kita kan kembar .."
    " kakak , kenapa kakak baik sangat dekat adik ? terharulah , macam cerekarama pulak kita ni ," Airin ketawa dalam tangisannya . Ainin hanyak tertawa melihat keletah Airin yang sentiasa ceria didalam mana mana keadaan sekalipun .

    Airin bangun lambat hari Isnin itu . sesungguhnya dia betul betul terlupa bahawa hari itu adalah hari sesi persekolahan . Zara sudah lama menghilangkan diri , sejak semalam selepas menghantar pulang Ainin ke asramanya . Airin dengar ada krisis kecil berlaku antara Zara dan Ghazi namun hatinya mengendahkan , tiada masa untuk mengambil tahu . Ghazi juga sudah lama lesap , seperti ibunya . terkapai kapai Airin hari itu , bangun pada pukul lapan pagi dan tidak bersarapan . memang hebat !
   Airin berlari menuruni tangga sambil mengikat rambutnya yang masih basah . dia segera mencari kunci motor skuternya di dalam laci sebaik sahaja sampai ke tingkat bawah . dengan penuh cuai , Airin menghidupkan kenderaan kesayangannya lalu bergerak menuju ke sekolah .
   " wah ramai gila orang ! takkan tak habis lagi assembly ni ? macam mana nak masuk ? " Airin mengetap bibir sambil mengerutkan dahinya . kelihatan para pelajar yang serama 1200 orang itu memenuhi ruang legar perhimpunan mingguan itu . Airin berfikir sejenak , mengatur strategi untuk cubaan meloloskan diri ke dalam kawasan sekolah itu tanpa pengetahuan orang lain . namun usahanya sia sia . mana mungkin dia dapat masuk ke kawasan sekolah tanpa melalui pagar utama ? Airin berserah sahaja .
   " why are you late , Airin Liana ? you are supposed to be here in 45 minutes ago ! " ketua pengawas sekolah itu menegur Airin setelah matanya melilau ke arah tag nama yang dipakai Airin .
   " i'm sorry ," Airin tersengih sahaja sambil mengrnyitkan matanya yang bundar ke arah ketua pengawas itu . pengawas itu menganggukkan kepalanya sambil menyuruh Airin untuk bergerak ke kelompok barisannya .
  " thank you handsome ! " Airin mengeyitkan lagi matanya . dia berpaling ke arah pelajar sekelasnya dan berjalan dengan penuh yakin di depan semua orang . memandangkan tingkatan lima diletakkan di barisan paling hujung , Airin melangkah pantas melalui barisan tingkatan lain .
   " apa hal semua pandang aku semacam ni ? " Airin mulai tidak sedap hati . pelajar pelajar lain memandangnya dengan penuh minat . masing masing tersenyum kecil , tidak kurang juga membuntangkaan matanya . tiba tiba kedengaran namanya dipanggil dari arah belakang . Airin menoleh . pengawas Cina yang cantik itu berlari ke arahnya . Airin bertambah pelik lalu memberhentikan langkahnya . pengawas itu datang dekat ke arahnya dan berbisik ke telinga Airin .
   " Airin , you lupa zip skirt you , lah ! " pengawas itu bersuara dengan semput sekali sambil menghela nafasnya . Airin membulatkan matanya . mukanya pucat lesi . di depan orang ramai , tangannya merayap ke belakang dan terus menaikkan zip skirtnya . dan tanpa membuang masa lagi , Airin bergerak laju ke tempatnya sambil menahan malu yang teramat . MALU !!!! 

Friday, November 19, 2010

Sempurna ( Bab 3 )

BAB 3

    Airin menyoroti langkah Ainin sepanjang perjalanannya di dalam lapangan terbang itu . ibunya , Zara sudah lama menghilang di sebalik kebanjiran manusia di terminal itu . lantas , Airin mencuit bahu Ainin dengan perasaan berbaur .
    " kakak , umi marah adik ke ? " Airin berbisik perlahan sambil memeluk lengan Ainin .
    " jangan risaulah , umi tak marah adik rasanya . sudahlah adik , jangan fikir sangat pasal hal ini . today is our day , don't mess up your mind with negative thinking . okay ? " Ainin menasihati adiknya , walaupun dia sendiri tidak senang duduk dengan situasi sekarang .
    " thanks , sis . i love you ," Airin menggoyangkan tangannya yang kejap memeluk lengan Ainin . Ainin hanya mampu menggeleng sambil ketawa kecil .
    " i love you too , budak kecil ," usik Ainin .
    " i am not budak kecil lagi , i am an adult ! " Airin menyeringai giginya , berpura pura marah .
    " no you aren't . you are still my little sister and i am your big sis ," Ainin kembali mengusik nakal .
    " kakak gedik , mengada , gila kuasa ! " Airin bersuara , kedengaran agak kebudak budakan . Ainin hanya ketawa sambil membuat muka terhadap Airin . telatah kedua dua beradik itu menangkap perhatian orang sekeliling . kemungkinan mereka pelik akan dua orang gadis , bermuka serupa , bergaduh kecil sambil memeluk lengan masing masing . pelik bukan ?
     "eh kakak , mana umi ?" Airin mengutarakan soalan setelah sedar akan ketiadaan Zara .
     " umi kan suruh kita tunggu dulu dekat famous amos , nanti umi datang balik dengan babah sekali ."
     " oh ye ke ? kalau macam tu  , jom pergi sana sekarang . lama juga adik tak makan cookies kat situ ," Airin menarik lembut tangan Ainin , mengepalai perjalanan .
        Ainin leka memilih biskut yang tersedia di dalam bekas itu sementara Airin hanya sekadar memerhatikan gelagat manusia di luar kedai . tiba tiba , pandangannya tertancap ke arah dua susuk tubuh insan yang amat disayanginya .
     " babah ! " Airin berlari ke arah Ghazi dengan senyuman yang sangat manis . lelaki yang berusia lewat 40 - an itu membuka tangannnya dan memeluk Airin dengan penuh kasih sayang .
     " i miss you , babah ! " Airin tersenyum girang sambil menyembamkan mukanya ke bahu Ghazi . Ghazi mengusap belakang kepala Airin dengan kasih .
     " me too, sweetheart . where is your sister ?" Ghazi melonggarkan dakapannya . Airin meloncat loncat keriangan sambil mengacukan jari telunjuknya ke arah kedai biskut itu . terlihat Ainin yang sedang sibuk memasukkan biskut ke dalam plastik . Ghazi melambai tangannya ke arah Ainin . Ainin hanya tersenyum indah .
    Mereka sekeluarga pulang setelah agak lama berada di lapangan terbang kebanggaan negara itu . Airin berkhayal jauh di tempat duduk belakang . Ainin hanya tersandar penat . Ghazi memandu kereta Perdana isterinya dengan penuh kosentrasi .
      " You and our girls sihat , Zara ? " Ghazi berbasa basi . Zara hanya tersenyum .
      " sihat semuanya . that day kakak demam , tapi dah kebah . how about you ? how was Aussie ? "
      " Aussie is a great country . I rasa macam nak hantar girls ni pergi sana after SPM nanti . summer camp or some else . we should go there , " Ghazi memberikan cadangan sambil memulas stereng dengan berhati hati .
      " cuti cuti Malaysia , cuti rehatkan minda , semuanya kita ada , Malaysia mempesona ..." Airin memerli kata kata Ghazi dengan nada yang agak nyaring .
      " pandai anak babah , nakal ye kenakan babah balik , " Ghazi tersenyum mesra sambil menggelengkan kepala . Zara hanya ketawa mengejek diikuti oleh Ainin . Airin tersenyum sinis , tanda kemenangan di pihaknya .
     " twins , how was your trial ? okay ? " Ghazi bertanyakan Ainin dan Airin . Ainin kembali pucat dan Airin tidak mengendahkan sangat pertanyaan tersebut .
    " Ainin got 6A's while Airin just got 4A's . you lah pulak ajar anak you tu . Airin memang tak makan saman . malas nak belajar ," Zara mengeluh kuat , tidak menyukai akan berita itu . Ghazi menggelengkan kepala .
    " tak baik you cakap macam tu . Airin , boost your result from now on , okay ? ada masa lagi ni . belajar elok elok , jangan malas lagi . babah tahu adik pandai dan pintar . prove it to your mum ," Ghazi menasihati anaknya dengan penuh diplomasi . Airin hanya mengangguk lemah , malu dengan sikapnya . Ainin berasa bersalah . dia cuba memegang pergelangan tangan Airin namun ditepis kasar .
    " kakak , tolong ajar adik sikit sikit . she needs your guidance ," Ghazi bersuara sederhana .
    " Airin , dengar tu . adik selalu saja bermain sana sini . cubalah contohi kakak tu . asyik kakak saja yang buat umi bangga , bila giliran adik ? " Zara menyampuk . Airin kecewa dengan dirinya dan malu dengan Ainin . maruahnya seperti diinjak injak . dia berasa rendah diri setelah ibunya membandingkan potensinya dengan Ainin . Airin memeluk tubuh dah menundukkan wajah .

Thursday, November 18, 2010

Sempurna ( bab 2 )

BAB 2

         " adik , kenapa ni tidur kat sini ? dah dah pergi masuk tidur dalam bilik . pergi mandi dulu sebelum tu ," kedengaran suara Zara berbisik ke telinga Airin yang sedang enak diulit mimpi . Airin membuka mata perlahan - lahan , merah . dia menguap berkali kali dan menggeliat kecil . rambutnya yang bebas mengurai , tampak agak kusut dan tidak terurus .
        " umi , dah pukul berapa ni ? cakap nak ambil kakak hari ini . tak nampak kakak pun , " Airin menoleh ke arah Zara , merenung mata ibunya dengan tajam . 
        " kakak dah balik , sedang mandi agaknya . cepatlah bangun , umi nak mintak adik masak apple fondue ni . kakak cakap dia nak makan . cepat dik , berlengah pulak dia , " Zara menepuk nepuk bahu Airin yang sedang dibayangi kantuknya lagi . Airin menyendengkan kepalanya kembali di kepala sofa , sebelum melangkah malas menaiki tangga menuju ke biliknya . 
        " adik , beg sekolah ni takkan nak biarkan saja kat sini ! " sayup sayup kedengaran suara Zara dari tingkat bawah . Airin membiarkan sahaja . dia bermalas - malasan sebentar di katilnya . telefon Nokia  dicapainya dari dalam laci meja . segera Airin menekan pantas pad kekunci  itu , gaya seorang pakar . bibirnya tersenyum lebar , jelas kelihatan lesung pipitnya yang manis itu .
" adik nak pesan apa apa tak barang barang dari Aussie ni ? right now I'm on my way to Adelaide . text babah balik okay ? "
         Airin tersengih sengih sambil menggaru telinganya . mindanya membayangi Myer Centre yang terletak di selatan Australia . Airin membulatkan matanya , ya , dia mahukan sehelai baju panas . gunanya untuk apa dia sendiri tidak pasti . apa yang berlegar di kepalanya hanyalah sehelai baju panas , ' Made in Australia' . agak kebudak budakan . dengan kadar segera , Airin membalas teks ayahnya . dia tidak mahu terlepas dari peluang keemasan ini . 
         Usai makan malam ,  Airin mengajak Ainin berbual di halaman rumah , bertemankan cahaya bulan yang samar samar menerangi malam dingin itu . ditariknya mesra tangan Ainin dan melabuhkan punggungnya di bangku kayu cengal yang diimport dari Bali . 
         " kenapa tarik kakak datang sini ni ? haa , ada konspirasi apa ni ? jawab jawab ," Ainin melemparkan senyuman manis khas buat Airin . Airin tersipu malu sambil membelai rambutnya itu . 
        " apa pulak konspirasi , tak baik tuduh tuduh , tahu ? em , kakak , adik nak pinjam barang boleh ? hehe , " Airin bersuara nakal . dia menggigit bibirnya , perlahan . 
             " ingatkan apa tadi . buat suspens saja . bertuah betul . adik nak pinjam apa ? kakak bukan ada apa apa pun sayang ."
         " nak pinjam otak . haha . tak lah , adik nak minta kakak ajar add maths dengan chemistry . personally , adik rasa give up dah dengan those subjects . i did so freaking bad in my trial . my performance wasn't too good . malu dengan kawan . you know me well , sis . i was being forced to pursue my study in science stream . sedih la macam ni . sakit jiwa , tahu ? " suara Airin bergetar , menahan sebak yang sekian lama terpendam di lubuk hatinya .
         " subjek itu senang sahaja kalau kita betul betul faham , adik . dah lah , tak payah nak sedih sedih pulak , cengeng sangat adik kakak ni ," Ainin bersuara selamba . 
      " kakak jawab macam tu sebab kakak dah pandai . adik ni tak pandai macam kakak , how ? oh kakak I'm a dead meat ," tanpa disangka sangka Airin menangis sehingga terangkat angkat bahunya menahan sendu . Ainin terkesima ,  sedikit sebanyak dia turut merasai kesakitan itu . dia tiba tiba berasa bersalah terhadap adik kembarnya . dia membiarkan adiknya terkapai kapai sedangkan dia bersenang lenang di sekolah berasrama penuh . Ainin sudah sedia maklum akan adiknya yang seorang itu yang memang agak lemah dalam bidang kira mengira sebaliknya handal dalam kemahiran berbahasa . Ainin memeluk Airin dan membisikkan kata kata semangat kepada adiknya . dia berusaha untuk memujuk hati Airin namun gagal .
      " kakak cakap macam tu , senanglah . adik tak boleh ikut subjects tu since Form Four lagi . macam mana ni ? lagi sebulan dah nak SPM ..., " Airin kembali tersedu sedu . dia melonggarkan pelukannya , kemudian menggosok gosok matanya yang berair itu . 
      " Hazmin yang adik selalu sebut tu , mintak tolong dia lah for the time being . kakak tak boleh nak ajar adik hari hari , nak balik hostel dah ahad ni . okay ? "
       " Hazmin tu ? adik ni just his secret admirer . we are not making any relationships even as a friend . adik minat dia saja , adik bukan nak pun .... "
      " pulak dah ? mintak tolong Anne la . kalau kita tak mintak tolong kawan sekarang , bila lagi ? nanti orang lain punya result semua cemerlang , tapi adik gagal . mesti malu kan ? so , bertindaklah sekarang ," Ainin menasihati adiknya sambil mengusap belakang Airin . Airin tertunduk , kemudian menganggukkan kepalanya . 

        Pagi Ahad itu , Airin bersiap awal dari kebiasaan . dia mesti pantas kali ini , tidak mahu lagi ditinggalkan oleh ibunya . hari ini mereka sekeluarga ingin pergi ke KLIA , menjemput babah yang baru pulang dari Australia .
      " adik cepat sikit !!!!!" suara nyaring Ainin bergema , menerobos masuk ke gegendang telinganya . Airin lekas lekas mencapai beg yang sengaja disangkut di belakang pintu . Airin berlari anak menuruni tangga dan memecut ke arah kakak dan ibunya di luar rumah . Airin tersengih bagaikan budak kecil , mengetahui bahawa dirinya sedang diperhatikan tajam oleh ibunya . 
        perjalanan mereka ke KLIA agak tersekat sekat akibat kesesakan lalu lintas . Airin bernyanyi kecil di tempat duduk belakang sementara Ainin dan Zara sibuk berbual bual bercerita mengenai pelajaran . 
      " kakak dapat berapa A dalam trial exam minggu lepas ? Zara memulakan perbualan ringkas .
     " alhamdulillah kakak dapat 6A 3B . I'll push harder for my B's subjects ," Ainin tidak berapa berminat menjawab persoalan ibunya , bimbang akan melukakan hati Airin . dia memusingkan kepalanya ke belakang , melihat adiknya , mungkinkah adiknya terdengar mengenai keputusannya ? melihatkan Airin yang leka menyanyi , hati Ainin kembali lapang . 
       " adik , trial dapat berapa ?" Zara bertanyakan Airin namun Airin tidak membalas pertanyaannya .
       " adik !" Zara bersuara lantang . Ainin kian gusar .
       " ya . ya . kenapa umi ? hehe sorry , adik tak dengar tadi ," Airin tersengih seperti kerang busuk .
       "trial hari itu , adik dapat berapa ?"
       " berapa apa ? adik tak ingatlah markah adik satu satu . adik ingat gred je ."
       " loyar buruk pulak dia ! dapat berapa A ?"
       " maaf , umi . adik just bergurau . adik dapat empat A . BM , BI , agama dengan sejarah . Umi , markah BI adik paling tinggi dalam kelas . hehe , " Airin bersuara bangga . dia berharap agar ibunya berasa bangga akan prestasi percubaan SPMnya itu .
       " what ? 4A ? " serentak dengan itu Zara menekan brek secara mengejut dan mengakibatkan kereta Perdana itu terenjut . Airin terperanjat , tidak menyangka reaksi sebegitu oleh ibunya . Ainin kelihatan pucat lesi sambil memegang erat kerusinya . 
         " pon pon pon !!!!! " barisan kereta di belakang membunyikan hon . Zara semakin tenang dan memulakan semula perjalanannya . Airin tidak senang duduk . Zara menghalakan pandangannya ke belakang dan memandang tepat ke mata Airin . Airin tersenyum paksa dan menelan air liur . Ainin berdebar melihat peristiwa itu .
      
       

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my pet