Sunday, December 26, 2010

Sempurna ( Bab 7 )

      Ghazi berdehem kecil ketika melabuhkan punggungnya ke kepala katil bersaiz king itu. Zara sedari akan kehadiran suaminya , terus membelakangi tubuhnya , mengiring ke arah bertentangan. Ghazi menyentuh perlahan dahi isteri tercintanya namun disentap kasar oleh Zara.
      " kenapa ni, Zara? marah kat I lagi ke? pasal hal anak-anak pun you nak terasa, kenapa ni? " Ghazi cuba untuk merendahkan nada suaranya , bimbang didengari Airin.
      " I benci bila you kritik cara I jaga anak. Airin is my baby, I know how to deal with her. I terasa dengan you, bukan dia, " Zara berbisik, perlahan. Ghazi mendengar dengan sayu.
      " sayang, bukan I nak kritik cara you , tapi I nak guide you in handling our kids. I bersama dengan Airin dah lama, I tahu hati perasaan dia macam mana . supposedly you need to slow talk with her , bukan nak ambush dia depan Ainin. patah semangat dia , tahu ? you tahu kan Airin ni manja , so the way we treat her mestilah berbeza. dua dua I sayang , both Ainin and Airin . cara penyampaian sahaja berlainan."
     " oh right now you nak salahkan I pula ? okay fine , you sahaja know everything about Airin and i don't !" Zara terus mencapai comforter tebal di birai katil itu dan memejamkan matanya . air jernih mengalir dari tubir mata cantik itu . Ghazi menghela nafas sedalam dalamnya , pasrah .
      Airin kembali ke biliknya setelah perutnya yang berkeroncong sudah penuh diisi . dia mendengar butir butir perbicaraan kedua ibu bapanya walaupun kurang jelas . Airin mengetap bibirnya , mengetahui mereka sedang berperang mulut . Airin merenung jauh ke arah buku yang diberikan Dominic . dia melangut , mendongakkan kepalanya ke atas . fikirannya masih tidak berhenti memproses data . dia tidak mengerti tindakan Dominic itu . pelik !
      " Reen , aku minta maaf sangat kat kau kalau aku ada buat salah selama kita berkawan selama ini . kaulah kawan terbaik dan tercantik pernah aku ada . sumpah aku tak tipu ," Anne bersuara sedikit nakal sambil menarik narik baju sekolahnya ke posisi yang betul . Airin sengaja memaksa dirinya ke sekolah pada waktu yang awal , semata mata ingin menghabiskan masanya dengan Anne .
      " aku cantik ? ni yang buat aku sayang kau lebih ni hahaha . aku pun macam tu juga . forgive me for everything i had ever done . tak sangka kan , esok dah nak SPM .rasa macm baru semalam kita masuk sekolah ni . I'm gonna miss all the memories we have been through ! " Airin kedengaran ceria sekali . tidak sesekali dia menyangka bahawa masa berlalu dengan begitu cepat , seolah olah baru sehari dia menjejakkan kakinya ke sekolah itu .
      " kenangan aku paling ingat , mestilah pasal kau lupa zip skirt tu , haha . hot gila cerita tu , dah dua bulan dah berlalu , tapi still dalam carta terhangat . hahahaha ," Anne ketawa berdekah dekah , sambil mengusap perutnya . Airin turut tertawa . tanpa disedari Airin , Dominic yang kebetulannya berlegar legar di sekitarnya menuju ke arahnya .
      " Reen , Nick datang . betulkan rambut kau , hahaha . cepat ! " Anne menyakat Airin , sehinggakan Airin menggelabah sebentar .
      " Airin , how are you today ? by the way , good luck for tomorrow , do your best . I will always support you ," Dominic bersuara malu malu . dia menundukkan wajahnya . Airin yang turut kelam kabut , tergagap gagap membalas balik ucapan Dominic . Anne perlahan lahan menyusup keluar dari perbualan mereka dan berdiri sedikit jauh . Anne terbahak bahak melihat babak Airin dan Dominic bercakap . keras macam robot !
       " bodohlah kau , kenapa tinggalkan aku dengan Nick berdua je ? aku dah jadi macam patung kat situ , gilalah kalau hari hari macam ni ," akhirnya Airin sudah juga dengan perbualan bersama Dominic . itupun kerana Dominic mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan . Airin menggelengkan kepalanya sambil mengerutkan dahi . Anne menampar laju belakang badan  Airin , membuatkan Airin tersedak kecil .
       " kalau rakam ni mesti best , haha . aku nak menikmati keseronokan dari cerita cinta kau la Reen . syok gila ! " Anne mengangkat keningnya , lagak seperti The Rock .
       " aku bagi pelempang jarak jauh baru tahu , eee geramnya . wahai Nur Hana , aku balas dendam balik bila habis SPM nanti . tunggu je ! "
       " tak sabar nak tunggu ni , haha , " Anne makin membakar jiwa Airin namun ketawa mereka berderai juga setelah Anne tersasul cakap . mereka melangkah bahagia ke kantin , sehinggalah muka Anne berubah tatkala satu peristiwa pada hari itu terjadi ....

1 comment:

  1. Hey girl nice blog, What is It music that is playing in your blog? a Hug I thank By Vinny Rodrigues From Brazil

    vinnyguitar.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my pet