Monday, December 27, 2010

Sempurna ( Bab 8 )

      " Anne , kenapa kau tiba tiba diam ni ? lapar lagi ke ? " Airin membuahkan soalan kepada Anne yang dilihatnya agak murung secara mendadak . Anne menggeleng perlahan dan mengetapkan bibirnya . dahinya berkerut kerut , seolah olah fikirannya ligat mengasak sesuatu .
      " Reen , aku rasa tak sedap hatilah , aku tak tahu kenapa . selama ni aku tak pernah rasa macam ni ."
      " kau rasa macam mana ni Anne ? maybe kau nervous kot , esok dah mula SPM ."
      " entahlah . mungkin betul aku bimbang pasal esok . but still , aku tahu ada something tak kena tapi aku tak tahu apa ."
      " sudahlah tu Anne . kau layan sangat sikap paranoid kau tu . kalau kau still rasa tak tenteram lagi , istighfar banyak banyak . maybe jiwa kau tenang sikit . kakak aku cakap , kita kena buang sikap curiga kita dengan serahkan jiwa kita kat Allah . InsyaAllah membantu tenangkan hati kau ni ."
      " hope so . thanks Reen , tenang sikit hati aku kau cakap macam tu ."
      " no big deal , Anne . I'm here for you . dahlah tu , jom masuk kelas ."
      " aci tak aku nak stay kat sini lagi ? aku taknak masuk kelas lagilah . please . jom duduk dulu kat bench tu ," Anne mendesak Airin sambil tangannya mengacukan ke arah bangku yang disediakan di lapangan bacaan . Airin terbahagi dua . dia mahu ke kelas dan juga mahu menemani kawan rapatnya itu . melihatkan mimik muka Airin yang sudi tak sudi itu , Anne berasa bersalah .
      " kalau kau nak masuk kelas dulu , pergilah . aku just nak ambil angin je kat sini . pergilah masuk dulu , aku okay saja , " Anne melemparkan senyuman , dibuat buat . Airin tidak sampai hati meninggalkan Anne disitu keseorangan lantas dia menarik tangan Anne dan membawanya ke bangku itu .
      " jom kita start kelas kita kat sini ," Airin ketawa menyindir . Anne tergelak kecil . Airin kembali lega , menyedari Anne kembali tertawa . namun perasaannya tidak bertahan lama . Anne kembali murung dan termenung jauh .
       " cukup cukup lah tu Anne . tak ada apa apalah yang berlaku ," getus Airin , bernada risau . Anne menekup mukanya lalu merembeskan air mata . Airin terpana .
       " Anne , kenapa ni ? Anne ! "
       " boleh tak aku nak balik sekarang ? aku takut something bad happen kat mak aku ."
       " ke-kenapa kau cakap macam tu ? mak kau sakit ke ?"
       " tadi mak aku batuk batuk kuat , aku bimbang keadaan dia tapi dia cakap dia sihat . aku bimbang , Reen . Aku bimbang ! "
       " kenapa tak bagitahu awal awal , Anne ? " Airin turut menitikkan air matanya sambil memeluk erat Anne .Anne tersedu sedu dan membalas pelukan Airin . suasana ketika itu teramat syahdu , seolah olah mereka diselubungi aura kesedihan yang menyiat kalbu .
       " Anne , kau tunggu kat sini sekejap . aku panggil Nick . sekejap je . nanti aku datang balik ," Airin segera meleraikan pelukannya dan mengesat air mata . dia melangkah laju menaiki tangga ke tingkat dua di blok A . Anne memandang sayu ke arah Airin . matanya membiaskan kesenduan ...
        " Assalamualaikum . Dominic ada tak ?" Airin mengetuk laju pintu kelas tingkatan 6 Atas A itu . para pelajar kelas itu yang sedang leka membuat kerja sendiri akibat ketiadaan guru , semuanya memandang tepat ke arah Airin . Airin meliarkan matanya ke serata sudut kelas sehinggalah dia ternampak Dominic yang masih terpinga pinga sambil memegang kalkulator di tangan . Airin bergerak sedikit laju ke tempat Dominic .
        " Nick , tolong I boleh ? tolonglah , I ada masalah ni ," Airin menitiskan air matanya sedikit . Dominic berdiri , lalu menarik Airin ke belakang kelas .
        " kenapa ni , Airin ?" Dominic bersuara risau . Airin menggoyangkan kakinya dan fikirannya semakin tidak tentu arah . Dominic bertambah risau apabila Airin mengesat air matanya menggunakan lengan baju .
        " just tell me , honey . what is going on ? " Dominic mengocangkan bahu Airin dengan lembut dan perlahan .
        " boleh tak I dengan kawan I balik rumah dia sekejap . dia ada urgent case .. mak dia sakit . I bimbang , sebab I tahu mak dia memang ada penyakit sebelum ini . you kan head prefect , tolong handle perkara ni dengan pengetua , boleh ? "
        " her mom ? sakit ? sakit apa ? "
       " I don't know . mak dia batuk batuk kuat . I takut it's getting worse . I rapat dengan mak dia and I anggap mak dia macam mak I sendiri . please help me .."
        " okay don't worry , go grab your friend first , I pergi inform pengetua and Penolong kanan HEM dulu . nanti I datang kat you balik ," Dominic melepaskan tangannya yang dari tadi tersemat di bahu Airin . Airin mengangguk laju .
       " Hazmin , kau tolong start enjin kereta aku dulu . nanti aku nak hantar Airin pergi rumah kawan dia . kunci ada dalam pencil case aku , " Dominic segera mengarahkan temannya dan berlalu pergi . Airin menoleh ke arah Hazmin , dan ketika itu pandangan mata mereka bertaut . Airin cepat cepat melarikan matanya ke arah lain . jantungnya berdegup kencang . Lantas Airin keluar dari kelas itu dan menuruni tangga . mindanya berkecamuk ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my pet