Monday, March 28, 2011

SEMPURNA BAB 9

     Sempurna Bab 9

   "Dah, kau jangan risau Anne , mak kau dah okay ," Airin menggenggam tangan Anne yang sejuk itu . Anne tersenyum kelat . hatinya masih berkelana mengenangkan penyakit yang dialami ibunya . mujur benar Dominic bertindak pantas . sewaktu mereka sampai di perkarangan rumah Anne ,  ibunya sudah pun terbaring lemah di atas kerusi di ruang tamu rumahnya . teresak esak Anne menangisi keadaan permata berharganya itu . selepas dihantar ke hospital dan diperiksa dengan teliti oleh doktor , doktor mengesahkan bahawa ibunya tidak mengalami jangkitan kuman yang serius . namun begitu , jiwa Anne masih lagi berkecamuk  dan gundah .
        Suasana di hospital itu muram . Masing masing membuat kerja sendiri . Kelihatan seorang jururawat menolak kerusi roda seorang pesakit kudung , kemalangan barangkali . beberapa orang doktor , lengkap berjubah , mengerumuni di meja pendaftaran wad . mungkin sesuatu perkara serius berlaku , fikir Airin.  Anne masih diam , bermain main dengan jarinya . duduk bersebelahan Airin , Dominic menghela nafas lega . usahanya memecut laju kereta tadi membuahkan hasil . Dominic perasan akan kemuraman suasana pada petang itu . lantas dicuitnya bahu Airin . Airin segera memalingkan mukanya kearah Dominic . tersenyum manis . Dominic membalas senyuman itu sehingga matanya yang sepet itu tidak kelihatan .
        " mata you sepet kalau senyum macam tu," Airin menjuihkan bibirnya sambil ketawa mengejek . Dominic segera menjegilkan mata sepetnya itu . Airin menahan ketawa . ekspresi muka Dominic sangat lucu dan comel baginya . adakah Airin sudah mula terpaut hati ? dia sendiri pun tidak mengerti . Airin menepuk kecil paha Dominic . Dominic berpura pura sakit sambil menggososk gosok pahanya itu . aksi lawak itu ditonton oleh Anne yang sekian lama bersedih . Anne sudah tidak lagi bermuram durja . dia sudah mula membuat lawak gilanya itu . Dominic yang dikenali sebagai pendiam , tergelak berdekah dekah dan turut membuat lawak bodoh . petang itu berjalan lancar , ditambah lagi dengan berita ibu Anne akan keluar dari wad keesokan harinya . today was a miracle !

        "babah , umi , doakan kejayaan adik dalam SPM harini dan dua minggu seterusnya . adik nak jadi macam kakak , dihormati dan disanjungi . love , Adik ."

        Airin bersungguh sungguh menampal memo itu di pintu peti ais LG itu . setelah selesai , Airin tersengih puas . hatinya bengkak tatkala memikirkan perihal keluarganya itu . uminya entah kemana , babah menghilang tiada khabar berita . pada hari yang ditunggu tunggu ini , ibu bapanya tiada di sisi . hati siapa tidak terluka ? Airin menghela nafas panjang . dia pergi ke meja makan dan mencapai sekeping biskut chipsmore . selera makannya tumpul . Airin sedar ini disebabkan ketiadaan keluarganya . dia melabuhkan punggungnya ke kerusi dan mengambil sekeping lagi biskut . fikirannya mula menerawang jauh . Airin teringatkan Ainin . dia tersenyum comel . mesti kakak tengah breakfast mi goreng tak sedap kat dewan makan asrama dia . Airin mengekek kegelian mengenangkan cerita kakaknya yang serba serbi buruk perihal kehidupannya di sekolah berasrama penuh itu .
        "good luck , Airin . I know u can do it . fighting ! " Dominic menghembuskan kata kata semangat sejurus Airin tiba di sekolah . Airin hanya tersenyum pahit , selebihnya dia berdebar . hri ini SPM !! tidak berapa lama ,  Dominic segera meninggalkan Airin di lobi sekolah , sengaja untuk memberi ruang untuk Airin mengingati baris terakhir dalam segala nota yang telah ditelaah selama berada di alam persekolahan . setelah jenuh mengimbas nota nota kecilnya itu ,  Airin mencari cari figura Anne . lama melilau ,  matanya berhenti di satu sudut . kelihatan Anne sedang terkumat kamit , menghafal isi isi penting barangkali . Airin ketawa sendirian . mimik muka Anne sangat tidak ternilai , tidak boleh didapati pada hari hari biasa ! tiba tiba kedengaran ketua panitia meminta semua pelajar masuk ke dalam dewan bagi memulakan peperiksaan subjek Bahasa Malaysia . Airin berdoa di dalam hati , memanjatkan pertolongan kepada Yang Satu agar dipermudahkan segala urusannya . dengan langkah yang yakin , dia menyusup masuk ke dewan dan memberikan satu senyuman .
        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my pet